Dalam jauh sebuah perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan, terimalah ia dengan kekuatan, bukan menolak dengan alasan, kadang-kadang sakit yang mendatang, kadang-kadang cemerlang dan gagal dicapai, namun itulah ujian, letakkan harapanmu pada Penciptamu dan bukan pada ciptaanNya, kerana disitulah letaknya ketenangan yang hakiki....
Thursday, January 13, 2011
USM Bantu Palestin. Anda Bagaimana?
Universiti Sains Malaysia (USM) bersedia untuk membantu kerajaan Palestin dalam membangunkan terutamanya sektor pendidikan di negara tersebut.
Naib Canselor USM, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata pertolongan USM bukan sahaja dalam soal pendidikan tetapi dalam pelbagai bidang lain yang USM mempunyai kepakaran dan pengalaman.
Beliau hari ini menyaksikan telesidang video mengenai kerjasama dan inisiatif menyeberangi sempadan antara Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dengan Timbalan Menteri Pendidikan Palestin, Dr Ziad Thabit.
Dzulkifli berkata USM sedang dalam proses menghantar sekumpulan wakil ke Gaza untuk mengukuhkan komitmen tersebut.
"Kami merancang kunjungan ke Gaza untuk membincangkan kemungkinan kerjasama yang dijadual Mac ini," katanya.
- George Town, 13 Januari 2011
Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.
Fikirkan
Tahniah USM! Yang lain, macamana? Apa sumbangan kita untuk Palestin?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment