Dalam jauh sebuah perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan, terimalah ia dengan kekuatan, bukan menolak dengan alasan, kadang-kadang sakit yang mendatang, kadang-kadang cemerlang dan gagal dicapai, namun itulah ujian, letakkan harapanmu pada Penciptamu dan bukan pada ciptaanNya, kerana disitulah letaknya ketenangan yang hakiki....
Saturday, January 15, 2011
Limau Mandarin kurang tahun ini?
Jumlah limau Mandarin, buah yang mesti ada pada sambutan Tahun Baru Cina, dijangka berkurangan dan harganya lebih tinggi pada musim perayaan Tahun Arnab kali ini. Tidak ramai pemborong buah-buahan menyediakan bekalan limau Mandarin pada perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut awal Februari kerana harga yang mahal, persaingan sengit daripada pasar raya besar dan kurang permintaan daripada pengguna.
Pengerusi KL Fruit Sdn Bhd, Wong Wai Heng berkata perniagaan buah-buahan bagi Tahun Baru Cina, terutamanya limau Mandarin, masih belum rancak. Syarikatnya yang merupakan pemborong, pembekal dan pengeluar buah-buahan tempatan dan import, kata beliau masih belum merasakan kemeriahan suasana perayaan meskipun sambutan Tahun Baru Cina akan tiba kurang daripada tiga minggu lagi.
"Harga pasaran sekotak limau mandarin tahun ini adalah RM28. Berbanding tahun lepas, harganya meningkat antara RM4 dan RM5," katanya.Wong berkata pada musim perayaan Tahun Baru Cina, pelanggan biasanya lebih suka membeli limau Mandarin dalam kotak yang biasanya mengandungi 24 biji sekotak.
"Bekalan ini terhad dan saya perlu mengikut harga pasaran dunia," katanya. Peniaga buah di Pasar Borong Selayang di sini, Fong Chew Lim berkata tidak seperti perayaan lepas, pengguna kali ini mungkin mengalami kesukaran membeli limau Mandarin kerana harganya yang mahal.
"Sekarang, bukan macam dulu. Semua harga sudah naik, mana orang mahu beli," kata Fong. Hujan yang berterusan turut menjejaskan perniagaan pada Tahun Baru Cina kali ini, katanya yang berpengalaman lebih sedekad dan mendapati jumlah pembeli limau Mandarin berkurangan saban tahun. Antara punca adalah orang ramai lebih suka membeli dalam kuantiti kecil di pasar raya besar, kata beliau.
-Kuala Lumpur, 14 Januari 2011
Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.
FikirkanMungkin kita boleh menanam limau mandarin sendiri kerana harga barang semakin meningkat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment