Saturday, January 15, 2011

"KELUANG MAN" maskot tahun kelawar 2011-2012


Keluang Man, watak superhero animasi kartun tempatan yang berdasarkan kelawar buah, dipilih menjadi maskot dannrakan promosi Tahun Kelawar 2011-2012 di negara ini. Pengarah Zoo Negara Dr Muhammad Ngah berkata langkah itu adalah untuk menarik minat kanak-kanak untuk mengenali lebih dekat 1,100 jenis kelawar yang wujud di seluruh dunia dan usaha yang dijalankan untuk melindungi mamalia itu.




Dengan wujudnya kesedaran sedemikian, akan menggalakkan kanak-kanak untuk melawat Zoo Negara bagi mengenali kelawar dengan lebih dekat lagi, katanya semasa merasmikan sambutan Tahun Kelawar 2011-2012 di Zoo Negara ini. Beliau juga berkata pengunaan Keluang Man itu dijayakan bersama Persatuan Animasi Malaysia (Animasi).




Dr Muhammad, yang juga Stiausaha Persatuan Zoo Asia Tenggara (SEAZA) berkata usaha mewujudkan kesedaran masyarakat mengenai kelawar adalah penting kerana mamalia itu banyak menyumbang jasa kepada persekitaran global contohnya daripada segi kawalan serangga dan penyebaran biji benih.

Penyelidikan telah mendapati bahawa kelawar memakan sekurang-kurangnya 10,000 kg serangga dalam satu malam dan membantu penyebaran 134 benih pokok, katanya. Beliau berkata kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang boleh terbang dan dipercayai terdapat 1,100 spesies di seluruh dunia dan sebanyak 118 spesies daripadanya telah dijumpai di Malaysia.


Dr Muhammad berkata separuh daripada 1,100 spesis itu kini terancam dan daripada 118 spesies kelawar tempatan, sebanyak 34 spesies dikenal pasti terancam. Beliau berkata tahun ini dan 2012 telah dinamakan sebagai tahun kelawar oleh Konvensyen Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu tentang spesies yang berhijrah (CMS) dan Perjanjian Kesepakatan mengenai pemulihan populasi Kelawar Eropah (EUROBATS) serta Persatuan Zoo dan Akuarium Sedunia (WAZA). Beliau berkata di Malaysia, kumpulan terbesar spesies kelawar megabats, iaitu yang memakan buah-buahan telah ditemui di Hutan Simpan Krau, Pahang yang meliputi kawasan seluas 3km persegi.

- Kuala Lumpur, 15 Januari 2011

Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.

No comments:

Post a Comment