Monday, January 10, 2011

Facebook Berhentikan Perkhidmatan Mac Ini?


Perasan tak, sekarang ni heboh di akaun facebook ramai orang, yang facebook akan memberhentikan perkhidmatannya pada 15 Mac 2011.

Adakah ia benar?

Menurut Pengarah Komunikasi Korporat Facebook Larry Yu dalam email yang dibalas kepada pihak wartawan Mashable (portal berita berkenaan teknologi di Amerika Syarikat), berita itu adalah khabar angin semata-mata.

Bayangkan, adalah tidak logik bagi sebuah syarikat yang sangat hebat secara tiba-tiba akan menutup syarikatnya.

Jadi, sebelum menghebahkan berita-berita yang kita tidak pasti kebenarannya, cubalah periksa dahulu kesahihannya. Boleh?

- Artikel iluvislam.com

No comments:

Post a Comment