Thursday, January 13, 2011

Lelaki Rajin Itu Seksi


Baru sahaja membaca satu artikel bertajuk Menutup Aurat Itu Seksi di laman Iluvislam.com. Amat menarik membaca perspektif seorang lelaki yang menganggap wanita yang menutup rapi tubuhnya dan hanya menunjukkannya kepada yang berhak sebagai seksi.

Malah, buku-buku yang ditulis oleh penulis lelaki barat juga, walaupun tidak secara langsung, tetapi dalam erti kata lain juga bersetuju bahawa wanita that turn them on adalah wanita yang menjaga peribadi dan maruah mereka. Syabas untuk 'wanita-wanita seksi' ini.

Bagaimana pula pendapat wanita mengenai keseksian seorang lelaki? Dimana letaknya seksi seorang lelaki?

* Adakah pada otot dadanya yang bidang?
* Adakah pada bahunya yang lebar?
* Adakah pada warna kulitnya?
* Adakah pada ketinggiannya?
* Adakah pada tebal kumisnya?

Walaupun ada perumpamaan lelaki idaman wanita sebagai tall, dark and handsome, hakikatnya mata wanita dijadikan Tuhan menilai keseksian seorang lelaki melepasi tarikan fizikal. Secara fitrahnya, kejadian setiap female spesis (termasuk binatang) adalah mencari pasangan yang mempunyai tubuh badan yang sihat (untuk baka), keupayaan untuk mencari makanan dan kemampuan untuk menjaga keluarga.

Disebalik pesanan Rasullah s.a.w akan empat jenis pasangan terbaik (harta, keturunan, cantik dan beragama) seharusnya kita menilai pesanan itu dari sudut yang realistik bukan romantik. Zaman ini, amat sukar kita terutama para wanita menilai secara fizikal sama ada seorang lelaki itu menepati kriteri pasangan terbaik berdasarkan hadis Rasullah s.a.w itu.

Namun, pada pendapat saya, sifat rajin adalah satu piawaian yang mampu membantu para wanita mencari pasangan seperti pesanan Rasullah s.a.w:

* Harta - rajin bekerja (tidak kira latar belakang pendidikan)
* Keturunan - rajin berusaha memperbaiki diri (menambah ilmu dan tidak terlibat dengan anasir negatif)
* Cantik - rajin menjaga kesihatan diri seperti bersenam dan tidak mengambil toksid (termasuk tidak merokok)
* Beragama - rajin ke masjid, majlis ilmu dan menjalankan kerja-kerja kebajikan

Mungkin ada kaum Adam diluar sana yang beranggapan lelaki rajin adalah nerd, geek atau skema. Tetapi percayalah, dimata 'wanita-wanita seksi', jika anda menjadi seorang lelaki yang rajin dalam segala hal, anda akan dilihat sebagai seorang lelaki yang amat seksi.

Dikesempatan ini, saya mewakili seluruh wanita bujang di Malaysia menyeru supaya lebih ramai lelaki bujang berusaha untuk jadi lebih rajin. Apabila anda rajin, anda tidak rugi ;)

- Artikel iluvislam.com

No comments:

Post a Comment