Dalam jauh sebuah perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan, terimalah ia dengan kekuatan, bukan menolak dengan alasan, kadang-kadang sakit yang mendatang, kadang-kadang cemerlang dan gagal dicapai, namun itulah ujian, letakkan harapanmu pada Penciptamu dan bukan pada ciptaanNya, kerana disitulah letaknya ketenangan yang hakiki....
Wednesday, January 12, 2011
Orang Islam Boleh!
Warga Indonesia, Ibrahim Rusli berjaya menamatkan renangan solo Persahabatan Malaysia-Indonesia dengan merentasi Teluk
Cowie sejauh lapan kilometer dalam masa 4 jam 15 minit.
Ibrahim, 46, seorang kakitangan Jabatan Penerangan Indonesia di wilayah Kalimantan Timur mendarat di pantai Tawau kira-kira pukul 10.45 pagi tadi selepas memulakan renangan dari Sungai Nyamuk, Pulau Sebatik, Indonesia pada pukul 6.30 pagi.
Ibrahim sebelum ini tersasar dalam percubaan pertamanya untuk mendarat di Teluk Cowie pada Ogos tahun lalu.
Menurutnya, sokongan kuat daripada rakan-rakan dan rakyat Indonesia termasuk dari Jakarta telah menguatkan semangatnya untuk melakukan renangan kedua dan seterusnya berjaya merentasi teluk berkenaan.
"Saya memang bangga dan gembira dapat menamatkan renangan ini. Ketika melakukan renangan tadi, saya langsung tidak memikirkan tentang putus asa. Kali ini lebih mudah kerana arus agak perlahan dan saya tidak disengat ubur-ubur," katanya kepada pemberita sejurus selepas menamatkan renangannya.
Ibrahim cuma memakai seluar pendek tanpa baju dan sepanjang renangannya dia diiringi bot agensi penguat kuasa Indonesia dan Malaysia.
Sejurus naik ke darat, seorang doktor dari Hospital Tawau segera memeriksa Ibrahim di dalam sebuah ambulans yang sedia menunggu di Pelabuhan Batu-Batu.
Jurucakap Konsul Indonesia di Tawau, Widoratno Rehendra Djaya menyifatkan kejayaan Ibrahim sebagai kejayaan semua pihak termasuk agensi kerajaan Malaysia dan Indonesia yang turut bertungkus lumus mebantu perenang berkenaan.
- Tawau, 12 Januari 2011
Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.
Fikirkan
Berenang secara solo merentasi teluk yang luas dan panjang bukanlah suatu perkara yang mudah. Tanpa latihan yang konsisten, komitmen yang tinggi serta keazaman yang membara, sudah pasti ia adalah suatu perkara yang mustahil untuk dicapai. Begitulah hidup kita, sekiranya kita mehu berjaya, kita perlu memberikan komitmen terhadap apa yang kita lakukan, jangan putus asa dan rajin berusaha.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment