Dalam jauh sebuah perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan, terimalah ia dengan kekuatan, bukan menolak dengan alasan, kadang-kadang sakit yang mendatang, kadang-kadang cemerlang dan gagal dicapai, namun itulah ujian, letakkan harapanmu pada Penciptamu dan bukan pada ciptaanNya, kerana disitulah letaknya ketenangan yang hakiki....
Sunday, January 16, 2011
Dialog Krew iLuvislam 4 - Rahsia Berjaya
Weekend lepas, aku telah hadir di Masjid Muadz bin Jabal di Setiawangsa untuk menghadiri Dialog Krew 4 bagi krew ILuvIslam.com. Pada mulanya, aku tidak tahu apa agendanya dialog ini. Rupa-rupanya mereka mahu berbincang mengenai pelan bisnes mereka bagi tahun 2011.
Tapi what a pleasant surprise! I can see for the 1st time in my life bagaimana pelan bisnes dibuat dengan penuh passion, integriti dan keikhlasan. Aku ingatkan hal-hal sebegini telah pupus!
Subjek pengurusan strategik memang merupakan antara kegemaran aku. Tetapi dalam banyak hal, aku sedikit rasa kurang senang kerana banyak pelan bisnes yang aku lihat terutamanya bagi syarikat korperat yang besar seakan-akan tiada 'passion' di dalamnya. Seakan sokongan dari pihak bawahan tidak jelas. Tetapi tidak dari apa yang aku saksikan dalam kumpulan ini.
Walaupun mereka ini terdiri dari mereka yang muda-muda, tetapi pelan bisnes yang telah dibentangkan cukup mantap. Cukup jauh pandangannya. Aku harap badan-badan pengurusan seperti MIM (Malaysian Institute of Management) boleh melihatnya. Dari penceritaan mengenai misi dan visi mereka, ianya dilakukan dengan cukup santai tetapi aku sendiri terasa bahawa bagaimana ianya begitu membekas dalam diri aku.
Penceritaan misi dan visi ini kemudiannya disambut oleh objektif-objektif yang mahu dilakukan bagi menyokong pencapaian misi dan visi. Aku kagum melihat bagaimana 'extensive' objektif mereka. Tak sangka aku yang membentangkan objektif-objektif ini semuanya aku lihat umur mereka tidak melebihi umur 30 tahun. Now it makes sense to me mengapa syarikat-syarikat besar seperti Facebook dan Google diterajui oleh mereka-mereka yang muda-muda. Hebat orang muda sekarang!
Presiden iluvislam.com Mohd Nurul Imran Koyube sedang memberikan ucapan semasa DK4.
Satu perkara lagi, aku suka dengan gaya kepimpinan yang ada dalam ILuvIslam.com ini. Semua sedia maklum bukan senang mahu mentadbir satu kumpulan yang majoriti dari anggotanya terdiri dari mereka yang membuat khidmat secara sukarela. Pengalaman aku untuk mentadbir mereka yang 'full-time' dengan sesuatu organisasi pun sudah cukup menyeksakan! Inikan pula mentadbir mereka yang sukarela. Aku cuba pelajari apa rahsia pemimpin kumpulan ini dalam mentadbir. Satu perkara yang jelas, nilai integriti yang ada pada pemimpin kumpulan ini cukup tinggi. Cakapnya dan tindakannya begitu sejajar! Aku sedar, itulah dia satu perkara yang 'attract' krew kumpulan ini untuk menyumbang tenaga dan masa. Hebat cerita ini!
Mereka telah menunjukkan kepada aku cara bagaimana mahu bina organisasi yang cukup utuh. Aku jangka dalam masa beberapa tahun yang terdekat ini, kita semua akan mula mendengar cerita mereka. Aku doa moga Tuhan bimbing mereka dan beri mereka kejayaan.
Apapun, aku juga ingin ucapkan terima kasih kepada mereka kerana sudi beri slot untuk aku kongsi idea yang ada dalam 'Rahsia Berjaya'. Aku harap mereka mendapat menafaat darinya. Terdetik dalam hati kecil aku ingin menyumbangkan sesuatu untuk kumpulan ini. Untuk aku beri wang atau harta, aku tidak punya itu semua.
Tetapi semasa dalam perjalanan pulang pada petang itu, hati kecil aku berkata agar aku menyumbangkan ilmu PPB3K kepada krew iluvislam.com ini. Hmmm not a bad ideakan? Aku harap aku dan mereka punya ruang masa untuk ikuti apa yang ada dalam PPB3K ini. Apa pun, Tuhan juga yang Maha Mengetahui. Aku serahkan kepada Dia.
- Artikel iluvislam.com
p/s: Dialog Krew (DK) merupakan program ekslusif untuk barisan krew iluvislam.com. Ia diadakan dengan objektif memantapkan tenaga kerja serta ukhwah krew-krew kami,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment