Dalam jauh sebuah perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan, terimalah ia dengan kekuatan, bukan menolak dengan alasan, kadang-kadang sakit yang mendatang, kadang-kadang cemerlang dan gagal dicapai, namun itulah ujian, letakkan harapanmu pada Penciptamu dan bukan pada ciptaanNya, kerana disitulah letaknya ketenangan yang hakiki....
Tuesday, January 18, 2011
RM 10 Juta Untuk Pekerjaan Yang Lebih Berkat
Kerajaan Selangor hari ini mengumumkan peruntukan RM10 juta untuk latihan usahawan dan modal kepada pekerja Islam di premis tidak halal di negeri ini bagi membantu mereka mencari pekerjaan lain dan mendapatkan rezeki lebih berkat.
Kenyataan Sekretariat Akhbar Kerajaan Selangor berkata, kerajaan negeri bersimpati dengan nasib orang Islam yang bekerja di premis seperti kilang arak dan kelab malam serta sektor pekerjaan yang melibatkan arak.
Justeru itu kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan menawarkan peluang latihan usahawan dan modal berkenaan bagi membantu pekerja beragama Islam terbabit memulakan perniagaan sebagai mata pencarian baru.
Antara sektor perniagaan yang ditawarkan adalah kecantikan, jahitan, masakan dan membaiki telefon bimbit.
Mereka yang berminat boleh berurusan di Tingkat 5, Bahagian Sektoral, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN), Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam atau menghubungi pegawai di Bahagian Sektoral di talian 03-55447115/7965.
Baru-baru ini Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) mengeluarkan surat peringatan dan garis panduan berkaitan Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang menghalang umat Islam melibatkan diri dalam urusan penjualan arak sebagai langkah membendung mereka dari terbabit dalam bidang pekerjaan tidak halal.
- Shah Alam, 18 Januari 2011
Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment