Tuesday, February 8, 2011

FEWWIT : Bebas Dari Belenggu


Benarkah punca masalah adalah disebabkan hubungan kita dengan ALLAH S.W.T? Yakinlah... andai kita mendekatkan diri pada-NYA, kita akan mendapat ilham untuk keluar dari belenggu keresahan. Renungkanlah ke dalam diri kerana di situ ada lubuk yang dipanggil kebijaksanaan.

Berhentilah berbicara tentang kegagalan lalu. Biarkan masalah lampau menjadi sejarah dan lihatlah masa hadapan dengan lebih jelas. Lakarkan kejayaan dan sejarah inilah yang perlu diulang berkali-kali. Ketahuilah bahawa orang yang berjaya adalah orang yang tahu bagaimana untuk melakarkan sejarah silam yang gelap ke sejarah cerah hari esok.

FEWWIT Datang Lagi!

Inilah yang akan dibicarakan dalam Forum 'Bebas Dari Belenggu' yang akan diadakan di Auditorium Utama, UIA. Berbeza dari tahun-tahun sudah, konsep FEWWIT iLuvislam 2011 ditukar kepada perbincangan tajuk buku-buku terbaik di pasaran. Forum ini akan dikemudikan oleh penyampai radio Warna Pagi IKIM.fm yang juga merupakan penyanyi nasyid, iaitu Saudara Sufian Amrin, atau lebih dikenali dengan nama Pian Saujana. Forum ini akan menampilkan 3 orang panelis, iaitu Penulis Buku 'Bebas Dari Belenggu, yang juga seorang pakar motivasi, Dr. Azhar Sarip, editor akhbar majalah ILUVISLAM, Ustaz Saharom Abd. Aziz, dan juga pensyarah dari Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Manusia UIA, Profesor Madya Dr. Alizi Alias.

Apa lagi menarik?

Menariknya, masuk adalah PERCUMA, dan penyertaan adalah terbuka kepada orang awam. Untuk lagi menarik, 300 penyertaan terawal akan menerima goody bag istimewa kami. Ooops! Ada lagi yang istimewa, teruskan membaca ke bawah.

Cara Mendaftar?

Bagi yang berminat mendaftar, anda dimestikan membuat pengesahan dengan mengisi borang dibawah. Selain untuk tujuan pengesahan, nama anda juga layak untuk menerima cabutan bertuah isitimewa. Mana-mana persatuan universiti yang mendaftar secara berkumpulan (minimum 30 orang) berpeluang untuk menerima publisiti berkenaan persatuan secara PERCUMA di iluvislam.com dan Facebook iluvislam.com yang bernilai RM300. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Saudara Wann di talian 03-42516702 (waktu pejabat sahaja), atau emelkan ke event[at]iluvislam.com. KLIK untuk Mendaftar!

Pengangkutan ke UIA

Anda boleh naik LRT dari KL Sentral dan turun di Terminal Putra dengan tiket berharga RM2.40. Dari Stesen Melati, naik bas RapidKL bernombor 231 dengan tiket berharga RM1.00 dan turun di perhentian pertama di UIA (selepas pondok pengawal). Bas akan bergerak setiap selang 15 minit dari Terminal Putra. Masa perjalanan dari KL Sentral ke UIA memakan masa lebih kurang 45 minit sahaja.

Tentatif Program

0830 : Pendaftaran bermula (KLIK untuk mendaftar!)

0900 : Pembukaan majlis

0930 : Forum bermula

1100 : Q&A

1130 : Penggulungan

1145 : Majlis Penutup

1200 : Bersurai

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Saudara Wann di talian 03-42516702 (waktu pejabat sahaja), atau emelkan ke event[at]iluvislam.com.

"Lawanlah dunia dengan akhirat. Maksudnya, andai kita diuji masalah, kembalilah pada ALLAH S.W.T kerana DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Ingatlah... masalah hanya persepsi dan kelihatan negatif kerana ia tidak selaras dengan keinginan kita. Amalkan berdoa sebelum memulakan kehidupan harian. Tenangkanlah hati kerana jiwa akan lebih mantap hasil keyakinan yang jitu kepada-NYA..."

Ayuh! Bebaskan dirimu dari belenggu!

No comments:

Post a Comment