Wednesday, March 23, 2011

Fitrah Yang Suci

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tiada bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci dan bersih dari dosa). Maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi atau Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari)

Fitrah Manusia Mahukan Yang Baik-Baik

Setiap anak dilahirkan suci bersih ialah ia dilahirkan dalam keadaan fitrah semula jadinya bersih dan belum ternoda oleh mana-mana unsur dosa. Dengan lain perkataan fitrah semulajadi seorang bayi adalah Islam. Fitrah ini akan berubah mengikut pengaruh ibu-bapa dan persekitaran. Jika ibu bapanya ingin membawa kepada jalan kesesatan maka kesucian atau fitrah keIslamannya telah ternoda oleh ibu bapanya tersebut.

Manusia pada fitrahnya hanif, yang mengandungi erti rindu terhadap mengingat Allah SWT. Manusia pada kejadiannya yang azali rindu kepada kesucian, kemuliaan dan keagungan serta cenderung kepada kebaikan, keindahan, kebenaran dan keadilan. "Setiap anak dilahirkan suci bersih..", ertinya setiap anak dilahirkan dengan bekal fitrah Islamiyah. Itulah sebabnya agama Islam disebut juga dengan agama fitrah kerana agama Islam itu sesuai dengan fitrah atau asal kejadian manusia

فَأَقِمۡ وَجۡهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفً۬ا‌ۚ فِطۡرَتَ ٱللَّهِ ٱلَّتِى فَطَرَ ٱلنَّاسَ عَلَيۡہَا‌ۚ لَا تَبۡدِيلَ لِخَلۡقِ ٱللَّهِ‌ۚ ذَٲلِكَ ٱلدِّينُ ٱلۡقَيِّمُ وَلَـٰكِنَّ أَڪۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ
"(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) agama Allah, iaitu agama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) dengan fitrah untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.". (Surah Ar Ruum ayat 30)

No comments:

Post a Comment