Dalam jauh sebuah perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan, terimalah ia dengan kekuatan, bukan menolak dengan alasan, kadang-kadang sakit yang mendatang, kadang-kadang cemerlang dan gagal dicapai, namun itulah ujian, letakkan harapanmu pada Penciptamu dan bukan pada ciptaanNya, kerana disitulah letaknya ketenangan yang hakiki....
Wednesday, March 9, 2011
Wangian Ibrah Sehalus H2O
"Air diperlukan untuk penjanaan kehidupan dari sekecil-kecil hidupan sel. Air juga mempunyai pengaruh yang sangat besar sehingga mampu mempengaruhi aktiviti satelit, perkapalan, dan juga ketamadunan. Al-quran telah membuktikan fungsi air melenyapkan ketamadunan manusia seperti banjir besar sewaktu zaman Nabi Nuh. Air jugalah yang menenggelamkan Firaun."
Lihat Dan Fikir
Siapakah yang menciptakan dan menjadikan ombak itu sekata jaraknya antara ombak ke ombak dari tengah lautan hingga ke pesisir pantai?
Air, suatu yg lembut, tetapi mampu memotong lebih tepat dari pemotong biasa ke atas bahan-bahan yg kuat di dunia termasuk bahan-bahan kalis letupan bom . WaterJet adalah teknologi tanpa haba yang digunakan untuk memotong logam dan sebagainya yang tidak boleh dipotong menggunakan besi. Waterjet juga digunakan bagi memotong bahan-bahan yang mudah menghasilkan reaksi kimia akibat haba. Hebatkan air?
Air juga menjadi sumber penjanaan pertanian.
الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الْأَرْضَ فِرَاشًا وَالسَّمَاءَ بِنَاءً وَأَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقًا لَكُمْ فَلَا تَجْعَلُوا لِلَّهِ أَنْدَادًا وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).(Surah Al-Baqarah Ayat 22)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment