Dalam jauh sebuah perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan, terimalah ia dengan kekuatan, bukan menolak dengan alasan, kadang-kadang sakit yang mendatang, kadang-kadang cemerlang dan gagal dicapai, namun itulah ujian, letakkan harapanmu pada Penciptamu dan bukan pada ciptaanNya, kerana disitulah letaknya ketenangan yang hakiki....
Thursday, March 10, 2011
Surau di Puduraya Diberi Kebenaran Jalankan Solat Jumaat
Surau di Terminal Bas Puduraya yang akan dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi telah diberi tauliah menjalankan solat Jumaat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan selepas mengambil kira kepentingan orang ramai.
"Perkara ini telah dimohon oleh pihak UDA Holdings (Pemaju Terminal Bas Puduraya) serta atas permintaan orang ramai dan mufti telah pun meluluskannya pagi tadi," katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Ditanya kemungkinan surau di terminal bas lain, pusat membeli-belah serta pejabat yang bersaiz besar diberi tauliah serupa, Jamil Khir berkata perkara itu akan dipertimbang berdasarkan kriteria tertentu.
Terdahulu Jamil Khir yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyerahkan surat pelantikan anggota Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan sesi 2010/2013. Seramai 13 orang termasuk tiga wanita menerima surat pelantikan masing-masing. Mengulas pelantikan tiga wanita terbabit, Jamil Khir berkata mereka akan
membantu menyelesaikan hal berkaitan kaum hawa.
- Kuala Lumpur, 10 Mac 2011
Berita ini dibawa oleh Bernama (Pertubuhan Berita Nasional Malaysia). iluvislam.com merupakan pelanggan rasmi Bernama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment