Tuesday, December 21, 2010

Polis Zionis Serbu Kedai Rakyat Palestin


Isnin , 20/12/2010 - Pada malam Rabu lalu, sepasukan polis rejim Zionis telah menyerbu sebuah kedai di Jerusalem, membuang barang-barang di dalam kedai itu dan menyerang para pekerja kedai itu. Manakala anak lelaki pemilik kedai itu patah kaki dalam insiden tersebut sementara pekerja yang lain ditahan.

Dalam insiden itu, pertengkaran sengit telah terjadi antara salah seorang anak lelaki pemilik kedai itu iaitu Moataz, 18, dan seorang anggota polis anti-pengganas rejim Zionis yang bernama Yamam. Insiden berlaku selepas Moataz meminta bas yang membawa pasukan polis rejim Zionis yang diletakkan di hadapan kedai itu dialihkan bagi memberi laluan kepada trak penghantar barang, kata Mahmoud Barakat, seorang lagi anak lelaki pemilik kedai itu. Pemandu bas itu meminta kerjasama 6 orang anggota polis rejim Zionis yang kemudiannya bertindak menyerbu kedai dan membaling keluar semua barang di dalam kedai itu.

Semasa kejadian, anggota polis rejim Zionis telah membelasah Ahmed Barakat dengan teruk, yang sememangnya lumpuh akibat kemalangan jalan raya. Kaki kanannya dipatahkan oleh anggota polis rejim Zionis tanpa belas walaupun mereka yang hadir merayu tidak diperlakukan begitu ke atas Barakat yang lumpuh. Tidak cukup dengan itu, rejim Zionis memecahkan CCTV kedai itu dan rakamannya dipadam untuk menghilangkan bukti kebinatangan mereka.

13 Warga Palestin Ditahan di Tebing Barat Kerana Disyaki Aktivis

Isnin , 20/12/2010 - Tentera Israel menahan 13 warga Palestin untuk disoalsiasat pada pagi Isnin dalam kempen menjejaki aktivis di Tebing barat.

2 warga Palestin ditahan di Ramallah untuk disoalsiasat, Radio Israel melaporkan. Identiti dan organisasi mereka tidak dikenalpasti. Lagi 9 yang lain ditahan dalam sesi penangkapan di bandar Al-Khalil, sumber keselamatan Palestin menyatakan.

Numan Abdel Qadir Al Qaisiya, 21 dan Mustafa Ismail Al Qaisiya, 19 telah diculik dari kediaman mereka selepas tenter Israel menyerbu bandar Dhahiriyya. Penangkapan lain juga dilakukan dalam serbuan di bandar Dora.

Abu Zuhri menyeru untuk menyokong hak-hak Palestin berbanding perundingan dengan Zionis Israel

Isnin , 20/12/2010 – Dr Sami Abu Zuhri, juru bicara Hamas, telah mendesak negara-negara Arab untuk menyokong pilihan lain setelah gagal dalam pembicaraan damai dalam memulihkan hak-hak Palestin. Dia berkata kepada PIC pada hari Khamis bahawa keputusan jawatankuasa Arab mencerminkan proses penyelesaian menemui jalan buntu.

Juru bicara itu menyebut sebuah pengumuman yang jelas tentang menghentikan perundingan dengan Israel dan tidak menyokong siapapun yang melakukan pembicaraan tersebut selain mengangkat strategi baru berdasarkan hak-hak dan sokongan Arab dan Palestin serta perjuangan mereka. Jawatankuasa tindakan lanjut Arab pada hari Rabu memutuskan untuk menghentikan rundingan dengan Israel sehingga tawaran"serius" Amerika ditetapkan.

Berita terkini berkenaan Palestin di iLuvislam.com adalah kerjasama di antara iLuvislam.com dengan pihak Palestinkini. Berita diterjemah dan disunting oleh pasukan penterjemah Palestinkini.

Sumber Grafik : Palestinkini

No comments:

Post a Comment