Thursday, August 11, 2011

Ramadhan Selalu Dirindu





Para sahabat, tabien dan orang-orang soleh lainnya benar-benar mengetahui hikmah dari disyariatkannya puasa Ramadhan. Mereka meyakini, Allah tidaklah mensyariatkan puasa Ramadhan dengan sia-sia. Puasa Ramadhan tidak hanya sekadar meninggalkan tabiat makan dan minum sahaja. Tetapi lebih dari itu, puasa disyariatkan untuk mengingatkan manusia bahawa mereka memiliki Ilah yang harus diibadati.

Pada bulan ini, Allah S.W.T memberikan berbagai keistimewaan yang tidak diberikan di bulan-bulan lain. Bayangkan, betapa Allah memuji bau mulut orang yang sedang puasa dengan menyatakannya lebih harum dari wangian kasturi. Itu baru bau mulut sahaja, belum lagi amalan-amalan ibadah lainnya seperti membaca al-Qur'an dan Qiamullail.

Para sahabat menjadikan Ramadhan sebagai salah puncak kenikmatan terbesar yang diberikan Allah S.W.T kepada umat Islam. Sungguh menarik apa yang dilakukan para sahabat dalam meniti kehidupannya setiap tahun.

Setiap puasa Ramadhan, Abu Hurairah R.A dan para sahabat lainnya lebih banyak berdiam diri di masjid. "Kami menjaga puasa kami," begitu kata mereka. Selain itu, para salafus soleh sentiasa berhati-hati dalam berbicara. Di luar Ramadhan sahaja, mereka sentiasa berkata dengan perkataan baik, apalagi ketika Ramadhan. Sebab itu, Rasulullah S.A.W memperingati agar menjaga segala ucapan.

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah S.A.W bersabda, "Semua amalan anak-anak Adam untuknya kecuali puasa. Kerana puasa itu untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Puasa adalah perisai, jika salah seorang dari kita sedang berpuasa janganlah berkata keji dan berteriak-teriak, jika ada orang yang mencercanya atau memeranginya, maka ucapkanlah, 'Aku sedang berpuasa'. Demi dzat yang jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada wangian kasturi, orang yang puasa mempunyai dua kegembiraan, jika berbuka mereka gembira, jika bertemu Tuhan-Nya mereka gembira kerana puasa yang dilakukannya." (Bukhari 4/88, Muslim no. 1151, Lafadz ini milik Bukhari).

Antara amalan-amalan ibadah yang utama dan dilakukan salafus soleh adalah Qiamullail. Diriwayatkan, Abu Bakar ash-Shiddiq sentiasa melaksanakan solat di malam hari dengan khusyuk dan sampai menitiskan air mata. Sementara Umar bin Khattab, setelah melakukan solat malam, beliau membangunkan keluarganya untuk solat malam sambil membaca ayat al-Qur'an di surat Thaha ayat 132 yang berbunyi, "Dan perintahkanlah keluargamu untuk mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberikan rezeki kepadamu. Dan oleh sebsb itu adalah bagi orang yang bertakwa."

Selain solat malam, para salafus soleh juga mengisi Ramadhan dengan aktivi membaca al-Quran. Lihatlah, di bulan Ramadhan, Usman bin Affan mengkhatamkan bacaan al-Quran sekali setiap harinya. Sedangkan az-Zuhri, diceritakan mengurangi kegiatan mendengar hadis dan majlis ilmu untuk lebih banyak masa berhubung dengan al-Qur'an. Sementara Ibrahim an-Nakhaie, jika tiba hari kesepuluh terakhir di bulan Ramadhan, mengkhatamkan al-Quran setiap malam.

Selain itu, para sahabat juga berlumba-lumba memberi makan dan menyediakan juadah berbuka puasa untuk kaum Muslimin. Bahkan diriwayatkan, setiap Ramadhan, Ibnu Umar selalu berbuka bersama para dhu'afaa, anak-anak yatim danorang-orang miskin.

Di sini kita dapat mengambil pengajaran, Ramadhan sebenarnya disambut kaum Muslimin dengan kesedaran yang tinggi, dengan cara mementingkan ibadat dan keredhaan Allah S.W.T.

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun Malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);S ejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!
[Surah Al-Qadr 97: Ayat 1-5]

No comments:

Post a Comment