Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan Rahmat






Terbukti Ramadan adalah madrasah kepada kita untuk melatih, mendidik serta membangunkan diri menjadi insan berdisiplin dalam menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di atas muka bumi ini.

Amalan berpuasa memang terbukti mampu menundukkan nafsu. Diharap proses 'pengajian' kita sepanjang Ramadan dapat berjalan sempurna.

Kesempatan berada di dalam bulan penuh berkat itu nanti, ruang masjid kembali bergema dan umat Islam mula berpusu-pusu ke masjid di kawasan masing-masing untuk bersembahyang Tarawih secara berjemaah.

Panduan terbaik untuk kekal 'cergas' supaya dapat melaksanakan ibadah sunat seperti solat Tarawih, bertadarus dan amalan sunat di malam harinya adalah tidak makan terlalu banyak ketika berbuka puasa.


Gunakan sepenuhnya peluang dan tawaran setahun sekali ini untuk melakukan lebih banyak perubahan diri supaya semangat dan roh Ramadan itu kekal dalam jiwa umat Islam.

Rasulullah menegaskan bahawa: "Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadan."


Allah berfirman yang bermaksud: "Bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan menjelaskan perbezaan antara benar dan salah." (Surah Al-Baqarah ayat 185)

Persiapan perlu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Mukmin muttaqin pasti berusaha mencapai matlamat yang dijanjikan Allah dalam Ramadan.

Ketaatan melaksanakannya adalah ta'abbud kepada Allah. Jika ia dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan penghayatan maka kesannya lahirlah individu Muslim yang mempunyai jati diri kental.

Jangan kita tergolong dalam orang yang berpuasa sekadar menjalankan ia sebagai rutin tahunan semata-mata dan tidak memahami fadilat di sebaliknya.

Golongan seperti itu walaupun berpuasa, tetapi hakikatnya mereka hanya mendapat 'pengalaman' lapar dan dahaga saja.




Daripada Abu Hurairah r.a berkata Rasulullah bersabda yang bermaksud: 'Puasa adalah perisai (memelihara daripada akhlak yang buruk). Apabila seseorang itu berpuasa, maka janganlah dia mengeluarkan kata-kata yang tidak elok (mencarut) atau kesat. Jika ada orang memakinya atau mahu membunuhnya, maka katakanlah kepadanya: 'Sesungguhnya aku berpuasa, sesungguhnya aku berpuasa.

Bacalah Al-Quran sebanyaknya dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak.

هَـٰذَا بَلَاغٌ لِّلنَّاسِ وَلِيُنذَرُوا بِهِ وَلِيَعْلَمُوا أَنَّمَا هُوَ إِلَـٰهٌ وَاحِدٌ وَلِيَذَّكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ
(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya; dan supaya mereka mengetahui (dengan hujah-hujah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa; dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf.
[Surah Ibrahim 14: Ayat 52]

No comments:

Post a Comment