Wednesday, August 17, 2011

Perkara yang Membawa Ketakwaan kepada Allah






Alhamdulillah, sudah lapan belas hari hari kita berpuasa. Sudah masuk fasa kedua iaitu minggu keampunan. Apa yang telah kita buat selama tujuh belas hari kita berpuasa? Harap semuanya diterima dan ditimbang di sana nanti. InsyaAllah.

Hadis Nabi yang bermaksud :

"Awal Ramadhan adalah rahmat, pertengahan Ramadhan adalah keampunan dan akhir Ramadhan adalah kebebasan api neraka"

Puasa adalah satu cara untuk kita menuju ke arah ketakwaan kepada Allah SWT. Oleh sebab itu, apabila kita berpuasa dalam keadaan bersungguh-sungguh, kita akan merasai kenikmatan berpuasa tersebut. Kita akan merasai yang diri kita ini dekat dengan Allah SWT kerana puasa yang sempurna menzahirkan ketakwaan kepada Allah.


Bulan puasa ini juga bulan yang mendekatkan diri kita kepada al-Quran. Pada masa inilah kita sedaya upaya untuk menghabiskan tiga puluh juzuk dalam masa sebulan kerana sesiapa yang mampu mengamalkan petunjuk yang ada didalam al-Quran, mereka adalah orang yang bertakwa kepada Allah.

Terdapat beberapa fungsi yang perlu kita ketahui dalam bulan Ramadhan iaitu :

1. Fungsi kepatuhan kepada Allah iaitu tiada sesiapa yang membantah suruhan berpuasa di bulan Ramadhan.

2. Fungsi persaingan kerana pada bulan Ramadhan ini, umat Islam bersaing untuk mendekatkan diri kepada Allah dan memperbanyakkan ibadah kepada-Nya.

3. Fungsi penghargaan iaitu Allah memberikan penghargaan kepada orang berpuasa dan yang menjaga pantang larang ketika berpuasa.

4. Fungsi fitrah manusia iaitu orang yang paling mulia ialah orang yang bertakwa kepada Allah.

Sepanjang lapan belas hari kita berpuasa, adakah kita rasa kita dah cukup amalan untuk menghilangkan dosa-dosa kita selama sebelas bulan yang lepas?

-Artikel iluvislam.com

No comments:

Post a Comment