Thursday, September 8, 2011

Tips Untuk Permohonan Biasiswa





Biasiswa merupakan satu sumbangan dana, anugerah atau tajaan daripada badan tertentu untuk para pelajar.

Kebanyakan daripada biasiswa ini dianugerahkan kepada pelajar yang layak mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh penaja.

Di dalam artikel ringkas ini, anda akan didedahkan dengan beberapa tip agar anda memperoleh gambaran yang jelas bagaimana untuk memohon biasiswa serta langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk memohon biasiswa.

Kebanyakan penaja biasiswa akan memberikan butiran yang lengkap tentang biasiswa yang mereka tawarkan. Namun, jika biasiswa yang mereka tawarkan tidak menyediakan informasi yang jelas serta lengkap, anda boleh terus menghubungi mereka. Kebanyakan pemohon tidak mahu menghubungi penaja biasiswa, dan ini merupakan satu kesilapan yang perlu anda elakkan.

Buat pengetahuan anda, kebanyakan biasiswa yang ditawarkan adalah biasiswa untuk pengajian sepenuh masa berbanding pengajian secara part-time. Kebanyakan biasiswa yang ditawarkan juga merupakan biasiswa untuk peringkat ijazah sarjana muda, berbanding peringkat sarjana atau doktor falsafah.

Dalam bahagian seterusnya, anda akan didedahkan dengan beberapa tip permohonan biasiswa. Semoga anda memperoleh biasiswa seterusnya berjaya dalam pelajaran anda nanti.

Tip Permohonan Biasiswa

1. Gunakan planner ataupun kalendar. Anda perlu perhatikan bilakah permohonan untuk sesebuah biasiswa itu dibuka ataupun ditutup. Pastikan selalu melihat kembali kalender setelah anda mencatat informasi penting ke dalam kalendar anda.

Selalunya, permohonan biasiswa yang melewati tarikh tutup tidak akan dilayan oleh penaja. Jika anda ingin tahu tarikh-tarikh penting permohonan biasiswa, anda boleh dapatkan Kit Biasiswa dengan segera, kerana di dalam Kit Biasiswa, anda akan didedahkan dengan tarikh buka/ tutup sesebuah permohonan biasiswa di Malaysia.

2. Bersedia awal dan kumpulkan surat-surat atau dokumen penting yang perlu anda serahkan kepada penaja biasiswa. Mengapa anda perlu menyediakan waktu untuk menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan? Tidak lain dan tidak bukan, permohonan yang dilakukan dengan tergesa-gesa berkemungkinan besar tidak lengkap dan tidak akan dipertimbangkan oleh pihak penaja.

3. Pastikan ketika anda menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan, anda melakukannya dengan teliti. Jika anda inginkan perhatian daripada pihak penaja, sediakan dokumen anda sekemas mungkin. Begini, jika anda merupakan seorang majikan, adakah anda inginkan pekerja yang tidak terurus, tidak kemas dan menghasilkan mutu kerja yang kurang memuaskan? Begitu juga halnya dengan biasiswa.

4. Resume yang anda hasilkan perlulah sentiasa dikemaskini. Resume mengandungi banyak informasi tentang diri anda serta aktiviti yang anda jalankan sebelum ini. Susun mengikut keutamaan.

5. Surat sokongan merupakan salah satu keperluan penting sebelum anda memohon biasiswa. Surat ini selalunya ditulis oleh mereka yang berautoriti seperti Ketua Jabatan, Dekan Fakulti, pensyarah dan sebagainya. Mengenai individu yang sesuai untuk menulis surat sokongan, anda boleh memilih mereka yang tahu serba sedikit mengenai latar belakang anda, serta boleh mengetengahkan kekuatan berbanding kelemahan pada diri anda.

6. Di dalam surat anda, pastikan anda menulis personaliti anda dengan baik. Tetapi jangan sekali-kali menipu. Apa yang perlu anda tulis adalah kekuatan diri anda yang boleh memberikan faedah kepada penaja. Anda perlu menyampaikan idea anda secara tersusun dengan meletakkan fokus terhadap aspek-aspek tertentu.

7. Anda telah selesai menulis? Jangan lupa untuk menyemak kembali apa yang telah anda tulis. Semakan semula merupakan satu tindakan yang penting agar segala informasi serta idea-idea yang telah anda coretkan bebas daripada sebarang bentuk kesilapan tatabahasa, struktur ayat dan lain-lain kesilapan yang boleh mendatangkan impak negatif.

8. Anda juga perlu meminta guru, pensyarah, ibu-bapa atau sahabat anda untuk membuat semakan terhadap surat yang telah anda tulis.

9. Jangan lupa untuk membuat salinan untuk dokumen-dokumen yang penting. Jika berlaku masalah seperti kehilangan dokumen asal, anda masih lagi mempunyai dokumen salinan.

10. Pastikan anda mempunyai alamat lengkap mengenai penaja biasiswa yang ingin anda pohon. Untuk itu, KitBiasiswa merupakan panduan yang mengetengahkan informasi lengkap mengenai penaja biasiswa berserta alamat lengkap mereka. Informasi selanjutnya boleh diperoleh di http://www.kitbiasiswa.com.

Informasi Terkini KitBiasiswa

KitBiasiswa kini telahpun mencapai usia setahun penerbitannya dan kini, KitBiasiswa telah berjaya dinaiktaraf kepada versi 2.0 yang mana, versi ini menampilkan 57 buah biasiswa yang berulang setiap tahun termasuklah biasiswa-biasiswa untuk adik-adik yang akan atau sedang mengikuti pengajian di peringkat diploma.

Sehingga artikel ini ditulis, sampel KitBiasiswa telahpun dimuat turun oleh lebih 2880 pengguna internet manakala versi penuh telahpun dimiliki oleh lebih 220 bakal mahasiswa.

Kami di KitBiasiswa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada bakal-bakal mahasiswa agar mereka dapat dibantu daripada sudut informasi yang lengkap mengenai sumber kewangan sebelum mereka menjejakkan kaki ke menara gading. Untuk keterangan lanjut, layari http://www.kitbiasiswa.com.

Salam keceriaan dan selamat menyambut Aidilfitri 1432H daripada warga kerja KitBiasiswa.com.

-Artikel iluvislam.com

No comments:

Post a Comment