Friday, February 12, 2010

EXCO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN SPP FPQS 2009/2010





Salam...
Ana Mohammad Ziyad Bin Majani,Pelajar Tahun 3 FPQS Program Quran & Multimedia merupakan Ketua Exco Kebajikan & Kemasyarakatan SPP FPQS Sesi 2009/2010. Disini ana ingin mengulas dengan lebih lanjut mengenai tujuan utama exco ana ditubuh.Tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan pelajar FPQS dari segi akademik,kemudahan,kewangan,kematian dan yang seumpama dengannya.Selain itu, beruasaha untuk melontarkan pendapat,cadangan,komen,idea pelajar FPQS kepada pihak atasan. Bersama menuju kehadapan disamping menjadi "orang tengah" kepada fakulti,pensyarah dan semua pelajar FPQS untuk menjadikan FPQS diantara fakulti yang terpenting di USIM dan melahirkan pelajar FPQS yang bersahsiah tinggi apabila sudah bekerja kelak.
Dan akhir sekali,oleh kerana exco ini amat penting bagi pelajar FPQS,harapan besar dari ana adalah semua pelajar FPQS bersama-sama memberi kerjasama yang sebaik mungkin dan memainkan peranan masing-masing sekiranya untuk melihat exco ini berjaya dan mencapai matlamatnya.InsyaAllah...

Selain itu,ana ada ahli jawatankuasa untuk membantu ana dalam biro ini...

No comments:

Post a Comment