Dalam jauh sebuah perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan, terimalah ia dengan kekuatan, bukan menolak dengan alasan, kadang-kadang sakit yang mendatang, kadang-kadang cemerlang dan gagal dicapai, namun itulah ujian, letakkan harapanmu pada Penciptamu dan bukan pada ciptaanNya, kerana disitulah letaknya ketenangan yang hakiki....
Saturday, February 20, 2010
AKU,DIA & PUTRAJAYA...
Dalam persahabatan, walau tiada perkhabaran , walau tiada pertemuan, walau tiada perutusan, namun keikhlasan & secebis ingatan sudah cukup untuk menjamin ikatan yang kekal berpanjangan.
“janganlah kau bersahabat di jalan Allah kecuali dengan harmoni, janganlah bersahabat dengan makhluk, kecuali saling memberi nasihat, janganlah berhubungan dengan hawa nafsu, kecuali dengan pertentangan & janganlah berhubungan dengan syaitan kecuali dengan permusuhan”.
Wednesday, February 17, 2010
PESANTREN CINTA (2001-2005)
Salam...
Pesantren Abdul Taib Mahmud,Sadong Jaya,Kuching,Sarawak..
Inilah satu-satunya pesantren yang ada dibumi Kenyalang yang aku amat cintai...
Harap-harap pesantren ini banyak mengeluarkan ilmuan-ilmuan yang mantap dari segi sahsiah fizikal dan mental...InsyaAllah..Amin...
Aku rindu sangat dengan pesantrenku ini..huhu...
Tuesday, February 16, 2010
AKU,DIA & QM....
Salam..
aku dulu masuk USIM sesi 2007/2008...tahun ketiga Program QM ada di FPQS...
Dulu Ketua Pengarah Program QM Ustazah Rabiatul..tp sekarang dah tukar kepada Ustaz Zaini sebab ustazah sambung PHD..
Sekarang aku dengan kawan-kawan QM yang sama dengan aku sudah tahun ketiga..
Alhamdulillah,sepanjang perjalanan dalam pembelajaran dalam kos ni dipermudahkan oleh S.W.T,lagipun semester ini kami kena hantar tajuk projek ilmiah...insyaAllah semester depan sudah mula buat projek ilmiah...
Harapan aku adalah Program QM ini akan terus memberi manfaat yang banyak kepada pelajar-pelajar FPQS khasnya kepada pelajar yang mengambil kos ini....
Monday, February 15, 2010
PROGRAM QURAN DENGAN MULTIMEDIA (QI10)
Mulai sesi pengajian 2005/2006, program pengajian baru akan ditawarkan di FPQS iaitu program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran Dengan Multimedia (Dengan Kepujian).
Program ini yang dilaksanakan secara kerjasama dengan Fakulti Sains dan Teknologi (FST), USIM ini merupakan satu nilai tambahan kepada pelajar-pelajar aliran agama di Malaysia yang meluaskan peluang pengajian mereka di samping bidang pengajian Quran dan Sunnah yang sedia ada.
Sunday, February 14, 2010
PENCARI JALANMU...
Salam...
Disini ana nak berkongsi dengan semua sebuah videoklip lagu dari Afgan...
Tajuknya "Pencari JalanMu"...
Marilah sama-sama kita hayati setiap lirik lagunya...
Mudah-mudahan mendapat rahmat dan keberkata dari Allah S.W.T,insyaAllah...Amin...
VIDEOKLIP LAGU TERHEBAT 2010...
Salam...
ni videoklip lagu Wali Band berjudul "Tomat(Tobat Maksiat)"
harap you all hayati betul-betul lirik dalam lagu ni...
sama-sama kita hayati...
mudah-mudahan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T
Saturday, February 13, 2010
SEKRETARIAT PERHUBUNGAN PELAJAR FPQS...
Salam..
SPP FPQS mula ditubuhkan akhir tahun 2009, tujuan penubuhanya adalah untuk menjaga kebajikan dan kemaslahatan pelajar Fakulti Quran & Sunnah, dengan adanya SPP ini kami berharap dapat membawa misi dan matlamat untuk menyemai bakti dan juga mengeratkan ukhuwah antara mahasiswa/i Universiti Sains Islam Malysia..[insya allah]
AKU,DIA & FUTSAL.....
Salam...
Janganlah menganggap seluruh kritikan yang dilemparkan kepadamu sebagai permusuhan, bahkan ambillah faedah daripadanya tanpa mempedulikan maksud ahlinya,maka sesungguhnya engkau lebih memerlukan pembetulan daripada pujian.
Kebahagiaan ialah ketenteraman jiwa bersama ketaatan,kecukupan penghidupan,keselamatanagama dan kehormatan dan bukan dengan harta,rumah dan istana bersama ketakutan,kebimbangan,maksiat,perpalingan,"Sungguh berjaya orang yang menyerah diri,dikurniai rezeki yang mencukupi dan redha kepada Allah dengan apa yang dikurniakan kepadanya."
Friday, February 12, 2010
KABAN KAMEK....
Dalam kita melangkah …terkadang di uji dengan ujian yang terasa berat, hingga kita terduduk dan menangis, peritnya terasa tetapi ketahuilah ..dan renungilah dalam diri kerana..mungkin air mata tika itu hadir kerana ..Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak, lantaran ada langkah-langkah yang tersasar. Semoga tabah & tetapkan iman..biarlah kita keseorangan, tanpa berteman..biarlah malam tanpa sinaran rembulan..biarlah tidur tanpa dihiasi mimpi indah..Tapi jangan biarkan hati kamu sunyi tanpa sepotong ayat-ayat suci AL-QURAN…
AIR TERJUN....
Selemah-lemah manusia ialah orang yang tidak boleh mencari sahabat & orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari atau telah ada.
Ukhwah itu bukan hanya terletak pada pertemuan, bukan juga pada manisnya ucapan dibibir tetapi pada ingatan seseorang terhadap saudaranya didalam doanya.
EXCO KEBAJIKAN & KEMASYARAKATAN SPP FPQS 2009/2010
Salam...
Ana Mohammad Ziyad Bin Majani,Pelajar Tahun 3 FPQS Program Quran & Multimedia merupakan Ketua Exco Kebajikan & Kemasyarakatan SPP FPQS Sesi 2009/2010. Disini ana ingin mengulas dengan lebih lanjut mengenai tujuan utama exco ana ditubuh.Tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan pelajar FPQS dari segi akademik,kemudahan,kewangan,kematian dan yang seumpama dengannya.Selain itu, beruasaha untuk melontarkan pendapat,cadangan,komen,idea pelajar FPQS kepada pihak atasan. Bersama menuju kehadapan disamping menjadi "orang tengah" kepada fakulti,pensyarah dan semua pelajar FPQS untuk menjadikan FPQS diantara fakulti yang terpenting di USIM dan melahirkan pelajar FPQS yang bersahsiah tinggi apabila sudah bekerja kelak.
Dan akhir sekali,oleh kerana exco ini amat penting bagi pelajar FPQS,harapan besar dari ana adalah semua pelajar FPQS bersama-sama memberi kerjasama yang sebaik mungkin dan memainkan peranan masing-masing sekiranya untuk melihat exco ini berjaya dan mencapai matlamatnya.InsyaAllah...
Selain itu,ana ada ahli jawatankuasa untuk membantu ana dalam biro ini...
MUKADDIMAH...
Assalamualaikum....
HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI: Semalam ~ Sudah menjadi sejarah. Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan. Esok ~ Hari yang belum pasti. Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua. HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS: Nafas Naik. Nafas Turun. Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini. HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN : Hidup dalam keredhaan Allah. Hidup dalam kemurkaan Allah. HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT : Kekal di dalam neraka. Kekal di dalam syurga....
Subscribe to:
Posts (Atom)