Monday, October 18, 2010

1 Malaysia 1 Halal 2010


SEREMBAN - Lebih 50,000 pengunjung memeriahkan sambutan Kempen 1Malaysia 1Halal (1M1H) peringkat Negeri Sembilan sepanjang tiga hari yang berakhir semalam di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini.

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Johani Hassan berkata, kempen yang bermula pada Jumaat lalu mendapat sambutan menggalakkan sekali gus melepasi sasaran awal seramai 30,000 pengunjung.

"Pihak JHEAINS sangat gembira dengan sambutan begitu baik yang diberikan oleh rakyat Negeri Sembilan dalam memeriahkan kempen ini.

"Usaha murni ini akan kami teruskan untuk mendidik serta memberi pendedahan tentang kepentingan halal kepada orang ramai," katanya di sini semalam.

Ujarnya, kempen kali ini mendapat sambutan hangat dan ia menunjukkan bahawa isu halal diberi perhatian oleh rakyat Malaysia khususnya umat Islam.

No comments:

Post a Comment