Dalam jauh sebuah perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan, terimalah ia dengan kekuatan, bukan menolak dengan alasan, kadang-kadang sakit yang mendatang, kadang-kadang cemerlang dan gagal dicapai, namun itulah ujian, letakkan harapanmu pada Penciptamu dan bukan pada ciptaanNya, kerana disitulah letaknya ketenangan yang hakiki....
Monday, May 31, 2010
Mengutuk Serangan Israel Ke Atas Kapal Mavi Marmara...
BAITULMAQDIS – Sebanyak 19 orang terbunuh kebanyakannya rakyat Turki manakala berpuluh-puluh yang lain cedera selepas anggota-anggota komando Israel menyerbu enam buah kapal yang membawa beratus-ratus aktivis pro-Palestin yang sedang dalam misi menghantar bantuan termasuk dari Malaysia kepada penduduk Palestin di Genting Gaza semalam.
Operasi ketenteraan di perairan antarabangsa dekat dengan pesisir pantai Gaza itu bukan sahaja bertukar menjadi mimpi ngeri bagi Israel berikutan ia menjejaskan reputasi negara berkenaan di kaca mata masyarakat antarabangsa, bahkan ia memburukkan lagi hubungan tegang negara itu dengan dengan sekutunya, Turki serta membuka mata dunia terhadap penderitaan penduduk Gaza.
Kedua-dua belah pihak memberi kenyataan bercanggah berhubung apa yang berlaku pada hari kejadian.
Seorang wartawan di dalam salah sebuah kapal misi bantuan itu berkata, anggota-anggota komando Israel melepaskan tembakan sebelum menaiki kapal mereka tetapi pihak Israel memberi alasan kononnya mereka hanya melepaskan tembakan setelah diserang aktivis-aktivis berkenaan dengan menggunakan kayu, pisau dan senjata api.
Ketika kejadian, aktivis-aktivis itu sedang menuju ke Gaza bagi mengalih perhatian dunia terhadap sekatan laut selama tiga tahun yang dikuatkuasakan Israel selepas Hamas mengambil alih kuasa di wilayah berkenaan.
“Sungguh menjijikkan kerana mereka (pasukan komando Israel) menceroboh kapal dan menyerang orang awam. Kami adalah orang awam,” kata jurucakap Gerakan Membebaskan Gaza, Greta Berlin, yang menganjurkan misi armada bantuan tersebut.
Bercakap dari pulau Cyprus di timur luat Mediterranean, wanita itu berkata, dia terputus hubungan dengan armada kecil itu ada pukul 3.30 pagi waktu tempatan.
Israel sebelum ini mengisytiharkan untuk tidak membenarkan kapal-kapal itu sampai ke Gaza.
Menurut seorang aktivis Palestin di Greece yang terbabit dalam misi bantuan tersebut, pasukan komando Israel menyerbu semasa bot dan sebuah kapal itu berada di perairan antarabangsa setelah mengarahkan misi berkenaan berhenti kira-kira 130 kilometer dari perairan Gaza.
Sebuah laman web Turki menunjukkan rakaman video keadaan huru-hara di atas kapal itu dengan aktivis-aktivis memakai jaket keselamatan berlari-lari di dalam kapal manakala sesetengahnya cuba membantu seorang rakan mereka yang tidak sedarkan diri di atas dek.
Laman web berkenaan turut menunjukkan sebuah helikopter Israel sedang berlegar di atas kapal itu dan beberapa kapal perang Israel yang berada berdekatan.
Kapal-kapal misi bantuan itu kemudian ditunda ke pelabuhan Ashdod di Israel manakala mangsa-mangsa cedera dibawa keluar dengan helikopter bagi menerima rawatan di hospital-hospital Israel.
Setakat ini, tiada maklumat mengenai identiti mangsa yang terbunuh atau cedera mahupun keadaan beberapa individu berprofil tinggi di atas kapal-kapal tersebut termasuk pemenang Hadiah Nobel Keamanan 1976, Mairead Corrigan Maguire dari Ireland Utara, beberapa wakil rakyat Eropah dan mangsa yang terselamat dalam kejadian pembunuhan besar-besaran kaum Yahudi oleh tentera Nazi, Hedy Epstein, 85.
Semua telefon satelit di atas kapal-kapal itu dimatikan dan komunikasi dengan sekumpulan kecil wartawan yang menyertai tentera Israel turut disekat.
Gerakan Membebaskan Gaza adalah sebuah pertubuhan antarabangsa yang mendakwa sekatan terhadap Gaza tidak adil dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa. – AP
“Ya Allah,Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher
musuh-musuh kami Dan kami berlindung dengan-Mu daripada
kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah, Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka, pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada
mereka Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.”
*Qunut Nazilah: do’a qunut ketika musibah atau kesulitan menimpa kaum Muslimin, seperti peperangan, terbunuhnya kaum Muslimin atau diserangnya kaum Muslimin oleh orang-orang kafir. Qunut Nazilah, iaitu mendo’akan kebaikan atau kemenangan bagi kaum Mu’minin dan mendo’akan kecelakaan atau kekalahan, kehancuran dan kebinasaan bagi orang-orang kafir, Musyrikin dan selainnya yang memerangi kaum Muslimin. Qunut Nazilah ini hukumnya sunnat, dilakukan sesudah ruku’ pada raka’at terakhir pada solat fardhu lima waktu
Thursday, May 27, 2010
Imam Muda Astro Oasis 2010...
SETELAH mencipta sejarah penyiaran, menjadi saluran TV pertama di rantau ini dengan siaran berita secara langsung dari Kota Suci Mekah sepanjang musim Haji tahun lalu, kini saluran gaya hidup Islam, Astro Oasis (saluran 106) terus mengorak langkah apabila menghasilkan sebuah lagi program memecah tradisi dengan rancangan terbaru Imam Muda!
Imam Muda adalah sebuah program siri pencarian tentang sekumpulan remaja lelaki Islam yang dihasilkan oleh Astro dengan bantuan dan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertujuan untuk mencari Imam Muda yang terbaik di Malaysia.
Senarai Peserta Program TV – Imam Muda
Sepuluh orang calon Imam Muda yang terpilih itu ialah Amiril Md. Banin, 25, Kuala Lumpur; Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26, Pulau Pinang; Ahmad Hazran Ahmad Kamal, 26, Negeri Sembilan; Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27, Kedah; Muhammad Khairul Azhar Ghazali, 21, Kedah; Nik Muhammad Adib Md Amin, 22, Kelantan; Nuri Ali Arbain, 25, Pahang; Sharafuddin Suaut, 26, Sarawak; Ahmad Syakir Zamri, 19, Kelantan; dan Mohd Taufek Mohd Noh, 27, Johor.
Program Imam Muda bertujuan mencari pelapis dan melahirkan pemuda berwibawa, berintergriti dan kredibiliti bagi memikul tanggungjawab bukan sahaja sebagai Imam malah sebagai pemimpin.
Selain itu, program Imam Muda bertujuan memartabatkan status Imam dan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sebenar yang dipikul seseorang Imam di zaman yang penuh cabaran ini.
Di antara insentif menarik yang bakal menanti Juara Imam Muda ialah penajaan penuh biasiswa di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi dan tawaran sebagai jawatan Imam di salah sebuah masjid utama di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta.
Bukan itu sahaja, Juara Imam Muda juga bakal membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba Apple Macpro di samping pakej menunaikan haji.
Mantan Imam Besar Masjid Negara, Datuk Hasan Mahmud Al Hafiz telah diamanahkan untuk menjadi Mudir (pengetua) yang akan membimbing calon-calon Imam Muda ini dan dibantu oleh dua orang Murshyid (mentor) iaitu Ustaz Shahrizan Daud At Turabi; Ketua Imam di Masjid Muadz bin Jabal, Taman Setiawangsa dan Ustaz Syed Norhisyam Al Idrus; seorang penceramah bebas yang juga pernah terlibat dalam pelbagai program TV berunsurkan ilmu Islam.
Saturday, May 22, 2010
PESTA SUKAN PASTI NEGERI SEMBILAN 2010!
Salam...
hari ini mmg penat..tp mmg best...
nk tau sbb apa?
ana dipilih oleh ustaz ana untuk m'jadi quatermaster bg Pesta Sukan Pasti Negeri Sembilan 2010...
mula2 agak takut jgk..huhu..sbbnye kn jg2 bdk2 yg berumur 4,5 dan 6 thn..
ana sbnrnye xsuke jg bdk2 ni..leceh...
tapi hari ni telah membuka minda ana yg mana telah m'jadikan mslh ni xde lah serumit yg ana fikirkan selama ini...tgk muka bdk2 comel2 blake,kelakar tgk diaorg main...mmg x boleh dijangka akan mngalami pengalaman yg mcm ni...
Alhmdulillah...mmg best sgt...x sangka boleh terlibat dgn aktiviti2 mcm ni...
first time dlm hidup ana...
bdk2,ibubapa,guru2,pihak penganjur mmg sempoi dan sporting...
huhu...
kalo boleh..hrp2 ana dijemput lg dan pesta ni berterusan smpai bila2...
insyaAllah...amin...
BOLA + JUDI= HARAM...
Salam...
ni sekadar nk berkongsi pengalaman yg first time dlm hidup ana...
hari jumaat bertarikh 21/5/2010 selesai je solat jumaat di Masjid Negeri,Seremban..
tiba-tiba terdengar org ramai buat demonstrasi pasal membantah kerajaan meluluskan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 Afrika Selatan...
mula-mula ana ingtkan bunyi apa..rupa-rupanya pasal ni..huhu..
takut jugak pada mulanya...sbb ana x pernh tgk org wat demonstrasi ni dpn mata..dulu-dulu tgk kt tv je..huhu...
tp demontrasi tu wat secara aman...alhamdulillah,xde pape yg berlaku..terkawal..
bersurai dgn aman...
pastu,sblm balik...mcm prnh tgk je sesorg ni..rupa-rupanya ustaz aku kt USIM..yg ngajar aku tutorial Hadith Hukum semester lepas..Ustaz Walid...skrg dia tgh cuti belajar...xtau bila hbis...dah lama jgk x jmpa dia..huhu...
dia ingtkan aku praktikal kt Seremban..huhu..aku bgtau kt dia yg aku kerja kt Seremban..
So,secara ikhlas dan jujurnya..mcm2 yg aku dah jmpa semenjak mengembara tempat orang...moga Allah mempemudahkan perjalanan ku ini untuk mendapat keredhaanNya..amin..insyaAllah...
Tuesday, May 18, 2010
CARI PENGALAMAN...
alhamdulillah...
akhirnya aku dah mula kerja...
harap2 dapat membantu diri aku tok mengenal erti "kerjaya"....
sambil2 tu kn jgk cari tmpt praktikal tok thn akhir nanti...
dan siapkan proposal projek ilmiah...
Ya Allah..permudahkanlah perjalanan hamba Mu ini...agar menemui hasil yang diberkati oleh Mu...
Amin...
Friday, May 14, 2010
HARI GURU....
16 MEI 2010...
selamat hari guru kpd semua guru2 seluruh malaysia terutamanya guru2 di sk beliong,kuching (1995-2000),smk pesantren abdul taib mahmud (2001-2005),maahad johor (2006) dan di universiti sains islam malaysia,nilai,ngri sembilan...jasamu akan dikenang sampai bila2..huhu,dari kamek,ziyad....
Wednesday, May 12, 2010
HARI BELIA NEGARA....
MUJAHIDAH...TERUSKAN MUJAHADAH MU
hubbillah21
editor: azzahra_solehah
Wahai mujahidah,
Bila ku melihat semangatmu yang berkobar-kobar
Hatiku pun ikut tercabar
Tercabar kerna ingin menjadi sepertimu
Kental semangatmu tidak disangsi
Tidak mengenal apa erti putus asa
Setiap kekurangan cuba kau perbaiki
Setiap kelemahan cuba kau atasi
Setiap kesilapan cuba kau hadapi
Aku bangga melihatmu
Seorang mujahidah yang berjuang
Demi untuk menolong Tuhanmu
Dan menjunjung sunnah nabimu
Halangan, cabaran, tohmahan kau tolak ke tepi
Semakin dicaci semakin teguh kau berdiri
Usahkan mundur
Setapak pun tak mungkin berundur
Sucinya hatimu wahai mujahidah
Seluruh masa, harta, tenaga dan usahamu
Ikhlas kau salurkan untuk-Nya
Keyakinanmu untuk mengembalikan
Islam kembali Pasti menjadi realiti
Hakikat itu pasti terjadi
Walaupun mungkin hayatmu tak kesampaian
Untuk menatap saat-saat kegemilangan
Namun itu bukan penghalang bagimu
Perananmu sudah kau laksanakan
Terserah kepada yang Esa untuk menentukannya
Berusahalah dan teruslah berusaha
Serahkan hasilnya kerana ia milik-Nya
Usah disesali harta yang telah kau infakkan
Usah ditangisi masa yang telah kau sumbangkan
Keyakinan terhadap janji Tuhanmu
Penawar bagi segala kedukaanmu
Syurgalah tempatmu
Istanamu teguh berdiri di sana
Para anbiya dan sahabat teman bicaramu
Pakaian indah pembalut tubuhmu
Makanlah dan minumlah semahumu
Semua untukmu Hanya untukmu
Yakinlah wahai mujahidah tercinta
Saturday, May 8, 2010
HARI IBU.....
mak... Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi..
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan..
sejuk syahdu masih terasa lagi nih....
Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni
sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya..
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....
...mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....
pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam.....
kengkadang siaran indonesia...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak kekuburan...
Pastu mak basuh tangga rumah bersih2.....
pastu mak jemur karpet dan yang paling menarik sekali
mak kabo kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam gulung tikar.....
masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakann bila mak kabo duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak juga
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..
Mak.....
Hari tu hari sabtu pukul 3 petang mak tiba2
sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan...
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap tak mboh pi hospital.....
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk...
Mak kata mak tak mboh duduk dalam hospital.....
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut ajer..
Mak tetap tak bersetuju.....
mak memang degil...
tak salah anak mak yang ni pun ikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
mak sakit perut sampai nak sentuhh perut mak pun sakit...
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.....
Mak.....ampunn kan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...kami tak mboh mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....
Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir
kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak bila
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyikk tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawap pula...kalau tak
cukupp mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....
Lepas tu bila kereta kiter sampai.....
mak buat kenduri kesyukuran.....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar keling naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali kabo kat mak.....
Bila balik sahaja kampong, kiter cecepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kiter kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba bodoo jerr kiter jawap terlangar pokok bunga.....
Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar..
mak kiter menipu mak kan...
ampun kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pagi ahad
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain
putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannn
Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter memandu dalam keadaan
separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan pun rasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa2 terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal jadi jalan tu lenggang..
kosong....sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasana nya.....
terasa syahdu dan sayu gitu...dinginnnn....
Mak.....
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..tapi kiter kawal supaya tak menitik atas
mak....
Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat opiss...baru pukul 7.08 pagi....
Takder orang lagi kat opis ni.....kiter sedih...kiter
rindu kat mak..!
Takpa la.....nanti bila kiter dah boleh solat kiter baca yassin
untuk mak...
mak tunggu ya...!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selama nya....
Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
Airmata kiter tak boleh tahan....
Jam 12 tengahari mak di turun kan dari rumah....
kaki kiter terus lemahh...
dunia terasa berputar...
tiba2 kiter rasa gelap...
Jam 5.00 petang....
Bila terjaga kiter rasa kepala berdenyut denyut...
badan terasa panas...
mata semakin kecil...
makk...anak mak demam nih..!
Mak tauu...cuma kiter sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke
tanah perkuburan...
Akak kata kiter pengsan...
Terkilan..terkilan sungguh terkilan...
Kenapa kiter lemah..?
kenapa anak mak yang lain tidak begitu..?
kenapa adik boleh bertahan..??
Mak.....
Hari2 kiter lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas maghrib
anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas
maghrib...
Selepas kiter baca yassin....
entah kenapa kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat di bendung...
Mak tauu...kiter cuba bertahan...memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
Mak...gila kah anak mak ini..????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..
kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..nanti kalau
gini ajer, mak yang susah kat sana.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....
Agaknya mak nampak adegan tu...
sebab malam jumaat kata orang roh balik rumahh...
mengharap sedekah dari anak2 nya...
Mak tau tak...
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasanyilu sangat....
menusuk nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....
Mak....
cukup la sampai sini dulu....
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter kabo....
hantar la kat Mymasjid.com tuuuu....
betul jugak..!
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...
kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...sebab boss kiter dah maghi...
akhir kata untuk mak...I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana
membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk universiti..
sampai kiter pandai mengoratt...
sampai kiter kerja gomen..
sampai kiter pandai bertenettt gitu.....
Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Friday, May 7, 2010
ALHAMDULILLAH...SELESAI SUDAH TAHUN KETIGA KT USIM....
Hikmah disebalik dugaan Gagal sekali bukan bermakna gagal buat selama-lamanya. Setiap dugaan yang menimpa manusia bukanlah hukuman dari Tuhan semata-mata. Di sebalik apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Banyak kegagalan yang menimpa manusia tetapi kurang yang memikirkan musibah yang datang itu merupakan rahmat dan tanda kasih sayang Allah kepada hambaNya. Ada manusia yang kaya dengan harta tapi akhirnya harta dan kekayaan yang ada hilang sekelip mata sahaja. Seorang peniaga mengalami kerugian berjuta-juta dalam perniagaan dan akhirnya jatuh muflis. Lain pula seorang isteri yang menjaga dan mengasuh anak-anak dengan didikan agama sedari kecil lagi tetapi apabila anak-anak telah dewasa, semuanya lupa dan mengabaikan tanggungjawab kepada ibubapa. Sesetengah orang akan menganggap keadaan ini disebabkan kegagalan ibubapa mendidik anak-anak. Berbeza pula keadaan remaja yang hangat bercinta sehingga bertahun-tahun lamanya, lama kelamaan cinta yang mekar ditaman pudar dan hilang sebelum sampai masa mendirikan rumahtangga bahagia. Sehinggakan cinta yang tidak kesampaian membuatkan masing-masing kecewa. Seorang pelajar pintar dan sentiasa mendapat kedudukan teratas dalam kelas, bila tiba masa keputusan peperiksaan diumumkan, pelajar tersebut hanya lulus dan tidak cemerlang seperti rakan-rakan yang lain. Adakah setiap kegagalan ini merupakan takdir yang sahaja ditimpakan oleh Allah Swt untuk manusia?
Sedar atau tidak, sebenarnya setiap yang berlaku keatas makhluk di muka bumi ini adalah dari Allah Swt Yang Maha Mengetahui akan setiap sesuatu. Sebagaimana dalam Surah al-Baqarah ayat 29 yang bermaksud :
“Dia lah (Allah) Yang menjadikan untuk kamu Segala yang ada di bumi, kemudian ia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna; dan ia Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”
Apabila ditimpa musibah atau dugaan yang berat, manusia sering kali menyalahkan takdir. Hati mula berbisik dan mengeluh ”mengapa aku jadi begini?”, kenapa Tuhan uji aku dengan ujian yang berat sekali?” dan terjadi juga persoalan di hati kecil manusia sambil berkata ”Tuhan tidak adil..”. Bukankah ungkapan itu menunjukkan kita tidak menerima qadha dan qadar Tuhan. Telah dinyatakan dengan jelas dalam kalimah Allah bahawa setiap sesuatu itu adalah atas ketentuanNya. Kegagalan yang menimpa manusia bukanlah penamat dan pengakhiran kehidupan di dunia ini. Ini juga bukan bermakna tidak ada jalan lain untuk kita berusaha dan memperbaiki kegagalan yang lepas. Menangisi kegagalan dan kesusahan hidup tidak akan menyelesaikan apa-apa. Keyakinan dalam diri bahawa di hadapan sana pasti ada sinar baru akan menyerlah menjadikan hidup lebih bahagia dan pasti tabah menghadapi dugaan yang tiba. Mengalah dan terus mengalah akan menjadikan diri tidak tahan dengan ujian. Percayalah, kita mampu menghadapinya sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Surah Al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Kegagalan bukan untuk ditangisi selamanya, kalimah Allah sentiasa memberi kelapangan pada hati dan fikiran malah memberi semangat untuk terus tabah. Dalam ayat yang lain "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139.
Tidak kah kita terfikir bagaimana umat yang terdahulu diuji dengan ujian yang berat sekali. Sebagaimana Rasulullah SAW sendiri diuji dengan pelbagai ujian, dengan berhadapan kaumnya yang tidak mahu beriman. Walaupun pelbagai rintangan semasa menyebarkan dakwah di Mekah namun semangat yang kental untuk agama Islam diteruskan juga untuk berdakwah ke Madinah. Bukan sekali dua Nabi SAW diuji bahkan sepanjang hidupnya Baginda diuji dengan kematian ibu bapanya, isteri yang trcinta, kematian datuk dan juga bapa saudaranya. Namun Rasulullah SAW tetap meneruskan hidup dengan penuh kesabaran. Kesenangan dan kejayaan bukanlah dikecapi hanya dengan sekelip mata sahaja tetapi ia memerlukan pengorbanan yang tinggi. Untuk mencapai sesuatu bukan hanya berjalan, berlari malah terpaksa merangkak demi untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik dalam hidup. Namun bukan semua yang diharapkan adalah indah belaka. Ada benda yang kita harapkan dari sesuatu untuk kebaikan diri kita tetapi Allah berikan ujian sebaliknya. Hati mula gelisah, jiwa menjadi tidak tenang, fikiran mula berkecamuk memikirkan nasib yang menimpa diri. Persoalan demi persoalan bermain difikiran mengapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan selama ini? Beginilah realitinya manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang dimiliki. Janganlah membenci akan sesuatu yang telah Tuhan berikan kepada kita malah sepatutnya manusia harus bersyukur dengan nikmat yang dilimpahkan kepada mereka. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 216 Allah telah menjelaskan “"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Sebenarnya hakikat ujian dan musibah bukanlah sengaja ditimpakan Allah SWT kepada manusia. Disebalik ujian pasti ada hikmahnya. Ujian dan musibah yang datang adalah untuk melihat kesungguhan dan kesabaran seseorang. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud : “Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (Wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu” (Surah Muhammad :31)
Sifat sabar merupakan sifat mukmin sejati. Setelah ujian melanda seharusnya seorang manusia yang beriman pasti akan menerima ujian itu dengan penuh kesabaran. Bagi orang-orang yang soleh akan sabar dan tetap istiqamah dan juga bertawakal kepada Allah SWT. Allah juga menyuruh agar kita bersabar dengan ujian dan musibah sebagaimana perintahNya “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).(Surah Al-Imran ayat 200)
Sentiasa bermuhasabah diri akan menambah keimanan dalam diri setiap insan yang ingin merenung dan berfikir tentang kehidupan. Apabila ditimpa ujian atau musibah mereka akan berfikir bahawa ujian yang datang itu merupakan peringatan daripada Allah SWT agar manusia kembali ke jalan yang benar dan sentiasa memperbaiki diri. Kebaikan yang dilakukan bukan hanya akan mendapat ganjaran di dunia bahkan di akhirat jua. "Sesungguhnya Allah telah membeli dr orang-orang mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .(-Surah At-Taubah ayat 111). Sabar tidak hanya merupakan cara yang paling tepat untuk menghadapi segala macam ujian dan cubaan, tetapi sikap sabar juga akan mendapat perlindungan dari Allah SWT. Ini kerana Allah sentiasa bersama dengan orang-orang yang berlaku sabar.
Ketika ujian melanda diri , kepada Allah jua lah tempat memohon dan mengharap. Semakin dekat padaNya jiwa akan bertambah tenang dan dapat menjalani kehidupan ini dengan bahagia. Sebagaimana ayat al-Quran yang bermaksud "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129). Mukmin yang sejati tidak akan berputus asa daripada ujian dan musibah yang menimpa dirinya. Malah Allah menyuruh umat Islam bangun dan terus berusaha gigih sebagaimana Surah Yusuf ayat 12 yang bermaksud "... ..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
Segala bencana ,ujian, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin adalah menjadi "Kaffarah" (penghapus) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana itu. Sesiapa yang menyifatkan bala bencana yang menimpanya sebagai nikmat dan menerimanya dengan reda akan mendapat balasan pahala daripada Allah, selain terhapus kekotoran dosa dan kesalahannya. Umat manusia seharusnya bersyukur kerana setiap dugaan dan ujian itu merupakan rahmat dan kasih sayang dari Allah SWT. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya....
Subscribe to:
Posts (Atom)