
Anda pernah membaca buku Harun Yahya, seperti The Miracle Of Protein, A Call For Unity, What Darwinists Fail To Consider dan macam-macam lagi?
Saya telah mula menonton video-video sains keluaran Harun Yahya sejak di bangku sekolah lagi. Ketika itu saya menuntut ilmu di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Cikgu di KISAS memperkenalkan saya dan rakan-rakan sekelas akan hasil karya beliau.
Semasa saya menyambung pelajaran ke Kolej Yayasan UEM (A-Level), saya mula membeli dan membaca buku beliau. Antaranya buku yang bertajuk 'Jangan Berasalan Anda Jahil.' Senarai buku karya beliau boleh didapati di link berikut :
http://www.harunyahya.com/en.m_book_index.php
Alhamdulillah, hujung bulan ini, sahabat semua berpeluang untuk menyertai "Harun Yahya International Conference Tour -Signs of the Creator 2."
Pendaftaran untuk program ini dibuka sekarang dan bagi yang berminat, boleh klik link berikut :
http://saba.com.my/v2/index.php?option=com_wrapper&Itemid=36
Tempat adalah amat terhad dan jom daftar sekarang!
No comments:
Post a Comment