Tuesday, March 23, 2010

PERTANDINGAN DEBAT & SUFA 2010....





“ Jadikan semalam sebagai pengajaran, hari ini sebagai satu ujian dan esok sebagai satu kejayaan. Iman manusia ibarat ombak, kadang-kadang tinggi, kadang-kadang rendah, pagi kukuh, petang rapuh. Hanya pada Allah kita minta pertolongan…”


keikhlasan seseorg itu umpama seekor semut hitam berjalan di atas batu hitam di malam yg kelam. ianya wujud tapi sukar dilihat.

“ Budi pekerti yang baik mencairkan dosa seperti air yang mencairkan gumpalan salji, sedangkan perangai yang buruk merosakkan amal yang soleh seperti cuka merosakkan madu…”

Sunday, March 21, 2010

KOLOKIUM PENGAJIAN QURAN DI KALANGAN ORANG KURANG UPAYA PENGKIHATAN...








Sekuat manapun godaan yang kita hadapi, sekukuh apapun cubaan yang harus kita jalani, sebesar apapun kegagalan yang kita rasai, sejenuh manapun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada pertolingan Ilahi kerana harapan adalah sumber kekuatan, kerana doa adalah pintu kebaikan dan kerana doa adalah senjata bagi orang yang beriman.

Bila berjuang kerana Allah, dugaan itu tempat bersinggah, keperitan ditelan sebagai juadah, kejayaan adalah mimpi indah, andai ditakdirkan rebah, hati redha kerana Allah…

SEMINAR MAHASISWA ISLAM SARAWAK










“Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk manfaat daripada kegagalan & cukup berani membetulkan kesilapannya dalam hidup, terkadang kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak kita inginkan & ketika kita mendapat apa yang kita inginkan, akhirnya kita tahu bahawa yang kita inginkan terkadang tidak dapat membuat hidup lebih bahagia, jadilah dirimu bagai pohon yang rendang dimana insan dapat berteduh, jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepaskan rindu & hanya layak dibuat kayu api”

Seringkah kita terfikir..bagaimana mulia dan bersihnya hati Nabi kita, tetap senyum bila dubenci, tetap tenang bila dimusuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi, tapi kenapa kita mudah benci bila dikasari, mudah putus asa bila yang dilakukan tidak menjadi, mudah dikecewa bila orang lain tidak memahami, mudah terguris bila kita dinasihati, ayuh kita bangkitkan diri, agar segala yang indah menghiasi peribadi, kerana qudwah kita adalah Nabi kerana itulah sifat hamba Allah yang hakiki.

Thursday, March 11, 2010

KEMBARA AKU,DIA & KAMU....






Dalam mendepani hari esok, kuatkan hubungan dengan Allah, itu& hanya itu Jalan pertama kita, jalan utama kita, Hanya Allah Yang Maha Segalanya…

Setiap yang kita impikan tak selalunya indah, kesunyian mengajar kita hidup berdikari, tangisan adalah kasih sayang, namun satu yang akan kita ingat seumur hidup ialah kenangan.

Persahabatan kita amat bermakna, bila kau ketawa, aku ketawa, bila kau sedih, aku pun sedih, bila kau terjun bangunan aku pun berkata jangan terjun sebab aku tak nak hilang sahabat seperti kamu…

Wednesday, March 10, 2010

Berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikul...







Ya Allah! Andai saudaraku resah, tenangkanlah hatinya dengan teduhan maarifahMu, andai dirinya terancam, lindungilah jasadnya dengan kebesaranMu, andai tubuhnya kedinginan selimutkanlah dengan kehangatan kasih sayangMu, andai dirinya merindu rindukanlah jiwanya dengan saat bertemu denganMu, Ya Allah jgn biarkan hati+jiwa+jasadnya terpesona dengan duniawi, khusyukan jiwanya dlm ruku’+sujud menghadapMu, berikanlah dia kejayaan di dunia dan akhiratMu.

Dalam kita melangkah …terkadang di uji dengan ujian yang terasa berat, hingga kita terduduk dan menangis, peritnya terasa tetapi ketahuilah ..dan renungilah dalam diri kerana..mungkin air mata tika itu hadir kerana ..Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak, lantaran ada langkah-langkah yang tersasar. Semoga tabah & tetapkan iman..biarlah kita keseorangan, tanpa berteman..biarlah malam tanpa sinaran rembulan..biarlah tidur tanpa dihiasi mimpi indah..Tapi jangan biarkan hati kamu sunyi tanpa sepotong ayat-ayat suci AL-QURAN…

Berikan hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik. Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan lebih baik.

Friday, March 5, 2010

AKU,DIA & MORIB...






“Di jalan Allah, pertemuan ini bukan milikku & bukan jua milikmu, pertemuan ini adalah perancangan Allah yang mengetahui segala rahsia..Moga dirimu diredhai selamanya. Kasih sayang Allah ada di mana-mana”.

"Seringkah kita terfikir..bagaimana mulia dan bersihnya hati Nabi kita, tetap senyum bila dibenci, tetap tenang bila dimusuhi, tetap membantu walau disakiti, tetap menyeru walau diusir pergi, tapi kenapa kita mudah benci bila dikasari, mudah putus asa bila yang dilakukan tidak menjadi, mudah dikecewa bila orang lain tidak memahami, mudah terguris bila kita dinasihati, ayuh kita bangkitkan diri, agar segala yang indah menghiasi peribadi, kerana qudwah kita adalah Nabi kerana itulah sifat hamba Allah yang hakiki".